Pertandingan Saringan Mobile Legend

9 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

08 Mac 2025 - NADI Felda Sungai Lui telah berjaya menganjurkan Pertandingan E-Sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) yang disertai oleh dua pasukan, dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dan bertempat di NADI Felda Sungai Lui.Pertandingan ini adalah sebahagian daripada Program Pembelajaran Sepanjang Hayat: NADI X E-Sukan, yang bertujuan menyediakan laluan pendidikan alternatif yang menarik melalui E-Sukan. Selain memperbaiki kemahiran permainan, peserta juga akan mempelajari kemahiran kendiri yang penting untuk akademik dan kerjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali